Diam tak diam, sudah masuk 8 bulan kamu sudah menjadi milik orang lain.
Dalam erti kata nama lain, kamu sudah bernikah....
Hanya dengan 8 bulan, kamu dapat melenyapkan kisah kita yang sudah kita lalui bersama hampir 7 tahun. Dan kini hanya aku yang mempertahankan cinta itu yang hampir menjejaki tahun yang ke 8.
Dalam tempoh 4 ke 5 bulan lagi, kamu akan menimang cahaya mata.
Syukurlah kamu bahagia bersama si dia. Maafkan aku sekiranya aku tidak mampu melupakan kamu. Tiap saat aku ada kamu. Maafkan aku sekiranya rindu ini hanya ada kamu.
Dan yang aku ada hanya kamu.
Jangan bimbang, aku tidak akan mengganggu kebahagiaan kamu. Tiap hari aku pasti akan doakan kebahagiaan kamu walaupun tanpa kehadiran aku. Masih segar dalam ingatan ini segala kenangan kita dan izinkanlah aku menyimpan kenangan ini untuk menjadi peneman hidupku yang masih bersisa.
Aku masih lagi sahabat mu. Insan yang sanggup menemani kamu bila kamu memerlukan aku.
Insan yang pernah kamu panggil sayang...
Insan yang sanggup menemani kamu membeli barang hantaran perkahwinanmu dulu...
Insan yang memilih pakaian persalinan perkahwinan kamu dulu...
Jua insan yang membantu kamu memilih design kad kawin kamu dulu...
Sakit awak...
Masih sakit dan bertambah sakit...
Tetapi hanya itu yang mampu aku berikan semata-mata tidak mahu kita terus terputus hubungan...
Aku akan terus menyayangi kamu...
Tapi kamu tidak perlu tahu itu..
Terima kasih buat segala-galanya....
2 comments:
eiii sedihnye.. tapi sampai hati pulak die ajak awak untuk tolong pilih design kad kawen dan baju kawen??? kalau saya?? jangan harap lah.
masa tu keadaan agak memaksa...
ntah ar...
Post a Comment